BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 9, 2009

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Ar-Risalaah telah ditubuhkan sebagai sebuah kedai sukan Sendirian Berhad pada August 2009 di bawah Akta Kedai di Malaysia. Kedai ini dikenali dengan nama Ar-Risalaah yang difikirkan bernas untuk maju setapak kehadapan pada masa akan datang. Ar-Risalaah ditubuhkan dari cetusan idea oleh pengasasnya iaitu terdiri daripada lima orang anak muda yang masing-masing berasal dari negeri Pulau Pinang,Pahang,Kedah,Negeri Sembilan dan Sarawak.Mereka ialah Mohd.Azwan bin Azman,Mohd Zul Aizat bin Ismail,Mohd Syuwari bin Shawal,Muhamad bin Hamdan dan Mohd Hazwan bin Abd.Latif.Ia adalah sebuah kedai Bumiputra sepenuhnya dengan modal permulaan yang tidak seberapa.Ibu pejabat Ar-Risalaah bertempat di MULTI-BRAND *PLOT 4,5,6 ( LOT 268 ) JALAN SULTANAH ZAINAB SEKSTEN 15, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN Nom.(09-7461045). Ibu pejabat Ar-Risalaah telah dilengkapi dengan kemudahan untuk menjalankan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti perniagaan. Ia dilengkapi dengan bilik pameran ditingkat bawah, aktiviti-aktiviti perkhidmatan di tingkat satu, urusan pentadbiran di tingkat dua. Ar-Risalaah menjual barangan sukan seperti Adidas, Nike, Puma, Reebok, Lotto, Diadora, Welsport, Joma dan Kappa merupakan diantara barangan sukan utama kedai kami ini di samping aksesori-aksesori lain. Barngan sukan yang dijual oleh kedai ini telah mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan dan termasuk juga Sijil ISO9001, serta Pengiktirafan Antarabangsa. Dengan keyakinan yang padu, kini Ar-Risalaah mengorak langkah untuk membuka tiga outlet terbaru dilokasi yang terpilih pada tahun 2010.



OBJEKTIF AM

  • Matlamat kedai kami adalah untuk mengubah individu menjadi manusia luar biasa iaitu dari segi pemikiran, style, imej diri dan luar biasa dari segi pendapatan. Selain itu juga kedai kami ingin mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan (MALAYSIA).

OBJEKTIF KHUSUS

  • Memperkenalkan barangan sukan keseluruh pelusuk dunia terutamanya di Malaysia.
  • meningkatkan hasil jualan barangan sukan Ar-Risalaah. Sentiasa memastikan barangan sukan Ar-Risalaah dalam keadaan yang baik tanpa ada barangan tiruan dalam jualan barangan ini.

KELEBIHAN BARANGAN SUKAN

  • Menghasilkan pelbagai jenis barangan sukan seperti baju, seluar, kasut dan aksesori-aksesori lain.
  • Barangan sukan ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang berkualiti dan bermutu tinggi serta tahan lasak untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti luar yang dilakukan.
  • Ia dapat membantu meningkatkan keselesaan pengguna untuk melakukan aktiviti harian.
  • Barangan sukan ini dapat membantu pengguna memadankan pakaian mereka dengan pelbagai aksesori-aksesori tambahan yang boleh didapati dimana-mana pusat membeli belah.
  • Barangan sukan yang berjenama dan berkualiti ini dapat mengeluarkan peredaraan udara dengan sempurna dan tidak terasa hangat ketika pengguna memakainya.


CIRI-CIRI BARANGAN SUKAN

  • Barangan sukan yang dijual di kedai kami mempunyai rekabentuk yang tersendiri dan rekabentuk barangan sukan kami dilindungi oleh persatuan harta intelek.
  • Selain itu, barangan sukan di kedai kami juga selalu dinaiktaraf mengikut peredaran masa dan trend masa kini yang digemari oleh pengguna.
  • Oleh demikian, kedai kami hanya menjual barangan sukan yang berkualiti dan bermutu tinggi untuk memuaskan hati pelanggan.


0 comments: